Peguam nasihat Tun M tidak sertai RCI Batu Puteh jika pengerusi tidak diganti
Iklan
SHAH ALAM - Peguam Tun Dr Mahathir Mohamad akan menasihatkan bekas Perdana Menteri itu agar tidak menyertai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan (RCI Batu Puteh) sekiranya pengerusi suruhanjaya itu tidak diganti.
Peguam, Rafique Rashid berkata, pelantikan Tun Md Raus Sharif sebagai Pengerusi RCI Batu Puteh bertentangan dengan prinsip keadilan asasi kerana mendakwa Md Raus adalah pihak yang amat berkepentingan.

Menurut beliau, RCI sewajarnya dilihat bersih dan tidak memihak agar orang awam tidak akan mempersoalkan kewibawaan dapatan suruhanjaya tersebut.
"Namun, pelantikan Md Raus telah mewujudkan satu bahaya ‘bias’ sebenar yang akan mencemarkan keseluruhan prosiding RCI dan menjejaskan kewibawaan dapatannya.