Tentera Israel tembak ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin

Iklan
Tentera Israel ketika berada dalam kenderaan berhampiran sempadan Semenanjung Gaza pada Isnin, di tengah-tengah pertempuran yang berterusan antara Israel dan pejuang Hamas. Foto AFP

KHAN YOUNIS - Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin memaparkan sebuah video menunjukkan anggota krew yang cedera dan sebuah ambulans yang rosak akibat ditembak di Khan Younis, Gaza pada Rabu.

Dalam satu hantaran di platform X, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mendakwa Israel menembak ambulans tersebut ketika krunya mengangkut tangki oksigen dari Hospital Nasser ke Hospital Al-Amal pada 8 Februari.

Iklan
Iklan

Tarikh dan lokasi rakaman itu telah disahkan kepada Reuters oleh jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.

Minggu lalu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin menuduh Israel dengan sengaja menyerang ambulans yang dihantar untuk menyelamatkan Hind Rajab.

Iklan
Iklan

Kanak-kanak perempuan Palestin yang berusia enam tahun itu maut selepas terperangkap akibat tembakan tentera Israel. - Awani