[WACANA SINAR] Kampung Baru: Kontroversi atau pengiktirafan UNESCO?

Iklan
Cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan UNESCO mencetuskan polemik dan kontroversi.

Tidak dipersetujui NGO-NGO Melayu dan parti politik, cadangan ini walau bagaimanapun mencetuskan rasa prihatin kepada lokasi-lokasi lain yang dikira wajar dijadikan tapak warisan UNESCO ketimbang faktor sejarah dan budayanya.

Adakah kebimbangan masyarakat terhadap cadangan itu berasas? Apa pula status tempat-tempat lain yang telah pun dicadangkan sebagai tapak warisan badan dunia itu? Sudah cukup baikkah usaha pemuliharaan khazanah budaya bangsa dan warisan sejarah kita?