Abang polis jadi 'bidan' sambut bayi baru lahir

Iklan

BERITA SEMASA 13 FEBRUARI 2024

Wanita warga Thailand yang sarat mengandung berdepan detik cemas apabila terpaksa melahirkan bayi di tepi Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), pada Isnin.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, bayi terbabit berjaya dilahirkan dalam keadaan selamat dengan bantuan anggota polis kebetulan sedang melakukan rondaan di kawasan itu.

Menerusi hantaran di laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia, ketika kejadian seorang pegawai serta dua anggota menjadi 'penyelamat pertama' di lokasi Lebuhraya PLUS arah utara apabila membantu keluarga warganegara Thailand yang bakal mendapat cahaya mata baharu itu.

Iklan

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/649301/berita/semasa/abang-polis-jadi-bidan-sambut-bayi-baru-lahir

#SinarHarian #BeritaSemasa #Bidan #PDRM

Iklan