Jangan harap dapat ambil Pan-gon - FAM
Iklan
FAM mempunyai perancangan tersendiri bagi memastikan langkah yang telah diatur untuk skuad Harimau Malaya dapat diteruskan oleh Pan-gon.
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan melepaskan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon walaupun ada tawaran yang dikemukakan oleh mana-mana pihak untuk mendapatkan khidmat jurulatih tersebut.
Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, badan induk itu mempunyai perancangan tersendiri bagi memastikan langkah yang telah diatur untuk skuad Harimau Malaya dapat diteruskan oleh Pan-gon.
Iklan
Iklan
"Macam yang ada didengari sekarang, ini semua permintaan orang luar. Permintaan sebelum ini pun ada juga yang mahu dia dikeluarkan.
"FAM ada perancangan tersendiri bagi memastikan apa yang dilakukan berterusan dan kita nampak peningkatan di bawah Pan-gon ini agak baik. Tentu sekali apa yang telah cuba dilakukan ini perlu diteruskan," katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Ke-10 Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi Penggal 2021-2025 di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Selasa.
Iklan
Sebelum ini, saham Pan-gon naik selepas 'air tangannya' berjaya mencipta sensasi untuk mengikat pasukan di ranking ke-23 dunia, Korea Selatan 3-3 pada aksi terakhir Kumpulan E pada Piala Asia Qatar baru-baru ini.
Peminat Korea Selatan yang berang kerana Malaysia yang berada di ranking ke-130 dunia berjaya mengikat Taegeuk Warriors mahu Pan-gon yang juga bekas Pengarah Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) kembali mengemudi pasukan itu.
Iklan
Menurut Mohd Yusoff, KFA juga tidak mengemukakan sebarang hasrat untuk mendapatkan kembali Pan-gon selain FAM juga telah menyambung kontrak pengendali berusia 54 tahun itu sehingga tahun depan.
"Jadi, saya fikir tak mungkin Korea Selatan nak panggil dia balik dalam keadaan kita memerlukan dan usaha dilakukan Pan-gon ini telah menampakkan perubahan ketara.
"Kita juga telah sambung kontrak Pan-gon, saya tak fikir lah KFA akan ambil. Perancangan FAM dengan dia juga panjang," katanya.
BERITA SEMASA 15 MEI 2024
Pemain sayap Harimau Malaya dan Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim masih memerlukan pemantauan rapi meskipun telah dipindahkan ke wad biasa daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam, susulan disimbah asid baru-baru ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, proses rawatan yang diberikan kepada Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim itu mengambil masa panjang dan beliau kini menunjukkan perkembangan positif.
Adam Adli berkata, Faisal Halim kini dalam proses rawatan yang cukup sensitif dan semua pihak diminta untuk tidak menganggu emosi beliau.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664858/berita/sukan/faisal-halim-masih-perlu-pemantauan-rapi---adam-adli
Muzik: Elevate dari www.bensound.com