DBKL gempur Taman Tasik Titiwangsa, sita penjaja tanpa lesen
Iklan
Basikal yang disita kerana beroperasi tanpa lesen DBKL.
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan lima tindakan sitaan termasuk mengangkut 130 basikal milik penjaja tanpa lesen dalam tindakan khas siri ke-2 di Taman Tasik Titiwangsa.
Operasi membabitkan anggota Jabatan Penguatkuasaan cawangan Setiawangsa, Titiwangsa dan Wangsa Maju serta Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan di Tapak Penjaja C.
Iklan
Iklan
DBKL memaklumkan, tindakan penguatkuasaan dikenakan terhadap aktiviti perniagaan tanpa lesen di bawah UUK 3(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.
"Antara barangan yang disita adalah mainan kanak-kanak, kerusi meja plastik, kanopi, lebih 130 basikal dan lain-lain.
Iklan
"Barangan dan peralatan yang disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya," katanya menerusi kenyataan.
Pemeriksaan ke atas khidmat sewa basikal di Taman Tasik Titiwangsa.
DBKL berkata, tindakan dan pemantauan akan diteruskan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Iklan
Sebelum ini tular keluhan pengguna media sosial yang kurang senang dengan aktiviti penjajaan berleluasa hingga menimbulkan kacau ganggu di kawasan riadah itu.
Pengguna mendakwa Taman Tasik Titiwangsa semakin hilang seri selepas dicemari sampah daripada aktiviti aktiviti perniagaan makanan dan lain-lain.
Aduan lain turut membabitkan isu petak parkir di kawasan itu semakin terhad susulan dipenuhi peniaga yang berebut untuk berniaga berbanding datang untuk beriadah.
Antara perniagaan yang dikesan beroperasi tanpa lesen.
Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa mengarahkan DBKL untuk membuat pemantauan terhadap kesemua aktiviti perniagaan di kawasan berkenaan.
Hasil bancian yang dilaksanakan DBKL mendapati terdapat seramai 108 penjaja statik, food truck (kendera saji), berbasikal, skuter dan tuk tuk.
Daripada jumlah tersebut, seramai 39 penjaja mempunyai lesen perniagaan dikeluarkan DBKL, manakala 69 pula didapati tidak mempunyai lesen perniagaan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>