Tahun Baharu Cina: Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Iklan
KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat jam 9.15 malam ini masih perlahan berikutan pergerakan orang ramai menjelang sambutan Tahun Baharu Cina esok dan cuti panjang.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi memaklumkan kenderaan bergerak perlahan di laluan menuju ke utara negara iaitu di Seberang Jaya- Plaza Tol Sungai Dua, Slim River-Sungkai dan Rawang-Sungai Buaya.