Amalan diangkat pada bulan Syaaban

Iklan
SYAABAN menjadi bulan latihan untuk kita melatih diri dan keluarga untuk menyulam ibadah ketika Ramadan nanti. -Foto: 123rf

SYAABAN menjadi bulan diangkatnya amalan manusia kepada ALLAH SWT.

Rasulullah SAW bersabda: "Pada bulan inilah amal perbuatan manusia diangkat kepada Rab (Tuhan) semesta alam." (Hadis Riwayat an-Nasa‘i)

Iklan
Iklan

Berdasarkan hadis itu dan beberapa nas lain yang sahih, pendakwah Ustaz Mohamad Hadi Ahmad Talhah berkata, jelaslah bahawa apa sahaja amalan yang dikerjakan oleh seorang hamba akan diangkat dan dibentangkan kepada Sang Pencipta.

USTAZ MOHAMAD HADI

Iklan

Ia sebagaimana disebutkan dalam Hasyiah Ibnu al-Qayyim:"Setiap amalan akan diangkat dan dibentangkan kepada ALLAH SWT sama ada amalan tahunan yang diangkat pada bulan Syaaban sebagaimana dikhabarkan oleh Rasulullah SAW dan amalan mingguan yang akan diangkat pada hari Isnin dan Khamis."

Jelas Mohamad Hadi, disebabkan itulah Nabi Muhammad SAW begitu gemar amalannya diangkat dan dibentangkan kepada ALLAH SWT saat baginda sedang berpuasa.

Iklan

Bukan Nabi Muhammad SAW sahaja, ujar beliau, menjadi kebiasaan orang-orang soleh juga berbuat demikian.

"Ibnu Hajar Al-Asqalani menerusi kitab Fathul Bari berkata, dahulu ketika kaum Muslimin masuk ke bulan Syaaban, mereka akan menambah dalam menyibukkan diri membaca al-Quran dan mengeluarkan zakat harta.

"Berdasarkan fakta tersebut, jelaslah bahawa Syaaban sebenarnya menjadi ‘pemanas‘ untuk kita membaca al-Quran kerana Ramadan merupakan bulan turunnya al-Furqan itu.

"Begitu juga dengan amalan-amalan soleh yang lain sebagai persiapan dan untuk kita mengambil suasana menghadapi bulan mulia berkenaan," katanya kepada Sinar Islam baru-baru ini.

Pembukaan bulan Ramadan

Istimewanya Syaaban apabila Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali dalam kitab Lataif al-Maarif menggelarnya sebagai ‘pembukaan bulan Ramadan‘.

Jelas Mohamad Hadi, maka tidak hairanlah andai bulan kelapan dalam kalendar Islam itu disyariatkan dengan pelbagai amalan sebagaimana dilakukan apabila tibanya bulan puasa.

LAZIMKAN diri dengan memperbanyakan membaca al-Quran dan amalan-amalan lain pada bulan Syaaban sebagai persiapan untuk meningkatkan momentum ibadah menjelang Ramadan kelak. -Foto: 123rf

"Ia ibarat kita mahu memasuki sekolah rendah, ada prasekolah yang dipanggil tadika. Begitulah perumpamaannya," terangnya.

Dalam pada itu, penceramah tersebut mengingatkan, Syaaban bukan bulan bagi kita memuaskan nafsu untuk makan, minum dan sebagainya.

"Memang ada segelintir yang kadangkala buat perjumpaan untuk makan bersama, kenduri dan sebagainya sebelum sambut Ramadan tetapi ia bukan amalan sunnah.

"Apa pun, ia bukanlah bermakna kita tidak boleh makan atau minum tetapi biarlah berpada-pada dan tidak melampau. Ingatlah, Islam merupakan agama yang mementingkan soal kesihatan agar tidak berlakunya penyakit, membawa mudarat dan sebagainya," titipnya.