Remaja lelaki lemas ketika mandi air Terjun Sungai Pandan

Iklan
Mayat mangsa ditemui pada kedalaman kira-kira 4.5 meter air terjun terbabit kira-kira jam 4.06 petang. - Foto: Bomba Pahang

KUANTAN – Seorang remaja lelaki ditemui mati lemas ketika mandi di kawasan air terjun Sungai Pandan pada Rabu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mayat mangsa ditemui pada kedalaman kira-kira 4.5 meter di air terjun terbabit kira-kira jam 4.06 petang.

Iklan
Iklan

"Kejadian itu berlaku kira-kira jam2.48 petang tadi (Rabu). Seramai 15 anggota dan pegawai bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas serta BBP Pekan ke lokasi sejurus menerima laporan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mayat remaja lelaki dibawa oleh anggota bomba selepas ditemukan lemas di air terjun Sungai Pandan pada Rabu. - Foto: Bomba Pahang
Iklan

Beliau berkata, pasukan bomba melakukan operasi pencarian 'surface searching' dan menggunakan 'grappling iron' di lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Iklan

Jelasnya, selepas ditemukan pegawai perubatan di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia.