Bantuan khas kewangan penjawat awam Pahang dibayar 20 Februari

Iklan
Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN - Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak satu setengah bulan dengan minimum RM2,000 kepada penjawat awam negeri Pahang dibayar secara sekali beri pada 20 Februari ini.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang pada Rabu dan jumlah keseluruhan peruntukan bagi BKK sebanyak RM39.6 juta.

Iklan
Iklan

BKK telah diumumkan dalam pembentangan Belanjawan Pahang 2024 pada 4 Disember lepas dan melibatkan 8,000 penjawat awam di negeri itu.

"Semoga dengan pembayaran BKK ini, penjawat awam Pahang lebih bersemangat melaksanakan setiap tugas yang diamanahkan bagi memastikan pengurusan kerajaan negeri lebih dinamik, mampan serta berdaya saing," katanya menerusi kenyataan di sini pada Rabu.

Iklan

Wan Rosdy juga berharap semua penjawat awam negeri berbelanja dengan bijak dan tidak boros. - Bernama

Iklan