2.69 juta rakyat Malaysia sudah daftar PADU
Iklan
Sebanyak 2.69 juta individu sudah membuat pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di seluruh negara setakat semalam.
BACHOK - Sebanyak 2.69 juta individu sudah membuat pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di seluruh negara setakat semalam, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.
Beliau berkata, lima negeri iaitu Sarawak, Selangor, Johor, Perlis dan Kelantan merekodkan jumlah pendaftaran tertinggi sejak sistem itu dilancarkan 2 Januari lepas.
Iklan
Iklan
"Seramai 191,078 atau 15 peratus penduduk Kelantan telah mendaftar PADU setakat semalam.
"Selain itu pendaftaran tinggi turut direkodkan di Johor iaitu 270,000 orang dan lebih 100,000 di Perlis, Sarawak dan Selangor juga merekodkan jumlah pendaftaran yang tinggi," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau proses pendaftaran PADU di Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Mahligai, di sini hari pada Rabu.
Hadir sama Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kelantan Fareza Mohamed Sani.
Iklan
Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata, berdasarkan rekod yang dicatatkan itu pihaknya berkeyakinan sasaran tiga juta individu untuk mendaftar PADU akan dicapai dalam tempoh masa terdekat.
Beliau berkata, sebanyak 911 PEDI seluruh negara turut menyediakan perkhidmatan membantu penduduk membuat kemas kini dalam sistem PADU.
"Pendaftaran PADU akan dibuka sehingga 31 Mac depan, berdasarkan gerak kerja yang dilaksanakan kami yakin dalam tempoh sebulan lebih ini, tahap kesedaran mengenai PADU semakin tinggi dan pendaftaran akan terus meningkat.
"Saya melihat bila angka pendaftaran semakin meninggi orang yang berdaftar itu akan memberi penerangan kepada yang lain sebab mereka akan saling bertanya,” katanya.
PADU dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, DOSM dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama dan sokongan pelbagai kementerian, agensi serta kerajaan negeri. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>