GEORGE TOWN - Lima nelayan warga Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri ketika berada dalam perairan negeri ini pada malam Ahad.
Pemangku Pengarah Maritim Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata, mereka yang menggunakan bot nelayan tempatan kelas C dikesan dalam keadaan mencurigakan di kedudukan 3.95 batu nautika Pulau Kendi pada 10 malam oleh bot peronda yang sedang menjalankan Op Tiris 3.0.