Boss Mario tak hilang, sedang dapatkan rawatan di hospital swasta
Iklan
Laporan Sinar Harian.
MELAKA - Pempengaruh media sosial dikenali sebagai Boss Mario ditemukan selamat dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Jalan Syed Abdul Aziz di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, Boss Mario atau nama sebenarnya Yew Boon Xiang, 30, sebenarnya tidak hilang namun berada di dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat menguruskan dua kedai telefon bimbitnya.
Iklan
Iklan
"Keberadaan Boss Mario di hospital berkenaan dimaklumkan oleh polis menerusi abangnya yang mengesan penggunaan perkhidmatan e-panggilan oleh pempengaruh itu untuk ke hospital terbabit sebelum menghubungi pusat rawatan itu untuk pengesahan kira-kira jam 2.15 petang tadi.
"Boss Mario dikatakan tertekan untuk menguruskan dua kedai telefon bimbitnya serta memberi bonus kepada 22 orang pekerjanya dan bertindak duduk di sebuah rumah kosong sekitar Klebang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Semalam, media melaporkan pempengaruh itu dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu tanpa dapat dikesan oleh ahli keluarganya.
Dia dikatakan keluar memandu seorang diri ke Pantai Klebang kira-kira jam 3 pagi dan keretanya ditemukan ditinggalkan di kawasan itu dalam keadaan berkunci. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>