Tapir betina mati dilanggar kenderaan berat
Iklan
Seekor tapir betina ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan berat dalam kejadian di Batu 20 Jalan Kota Tinggi-Mersing hari ini. FOTO: Bernama
JOHOR BAHRU - Bangkai seekor tapir Malaya betina ditemukan di Batu 20, Jalan Kota Tinggi-Mersing, awal pagi tadi dipercayai akibat dilanggar kenderaan berat.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Salman Saaban berkata, haiwan berusia di antara 5 hingga 6 tahun dan seberat 200 kilogram itu ditemukan orang awam di tepi jalan berkenaan sebelum dimaklumkan kepada pihak Perhilitan pagi tadi.
Iklan
Iklan
"Terdapat kecederaan dan kesan luka akibat seretan atau dilanggar oleh kenderaan di bahagian badan. Namun kenderaan yang disyaki melanggar tapir tiada di lokasi kejadian semasa siasatan dijalankan.
"Pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian juga mendapati tiada kesan terbabas kenderaan, justeru haiwan itu dipercayai dilanggar kenderaan berat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Iklan
Salman berkata, berdasarkan kesan laluan di kawasan semak-samun berhampiran, pihaknya percaya tapir tersebut datang dari Hutan Simpan Kekal (HSK) Ulu Sedeli dan cuba untuk melintasi jalan raya berkenaan untuk menuju ke arah Ladang Risda Ulu Sedeli yang terletak berhampiran sebelum dilanggar.
Katanya, setakat jam 3.30 petang tadi, beliau dimaklumkan bahawa polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.
Iklan
Namun, pihak Perhilitan telah mengambil dan merekodkan data morfologi asas dan menanam bangkai haiwan tersebut dengan di lokasi kejadian.
Tapir Malaya (Tapirus indicus) merupakan spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 176) dan dikategorikan sebagai terancam di bawah Senarai Merah Spesies Terancam, Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN). - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>