Puad Zarkashi dakwa ada pihak tak mahu Najib diberi pengampunan penuh

Iklan
Laporan Sinar Harian

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa ada pihak yang tidak mahu pengampunan penuh diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, banyak pihak akan berpesta dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Najib gagal dapat pengampunan penuh, ia amat melukakan. Orang lain boleh, dia tidak boleh. Ada (orang) yang mahu ia tidak dibolehkan.

"Kini, senjata kebangkitan parti ini ditumpulkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Iklan

Spekulasi mengenai pembebasan awal bekas Perdana Menteri itu akhirnya terjawab apabila Lembaga Pengampunan mengesahkan beliau akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Tarikh tersebut adalah enam tahun lebih awal dari tempoh hukuman sepatutnya selain jumlah denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Iklan

Mohd Puad turut menegaskan apa pun yang berlaku kepada Najib, penyokong parti berkenaan tetap setia bersama beliau.

Tambah beliau, Najib perlu kembali aktif dalam mengusulkan idea dan kritikan dalam isu ekonomi serta kesejahteraan rakyat kerana yang terkurung hanya fizikal, bukan pemikirannya.

"Buatlah apa sahaja, yang setia tetap bersama. Kifarah tidak akan salah alamat,” ujarnya.