Gangguan bekalan air di Langkawi ekoran El Nino
Iklan
ALOR SETAR - Gangguan bekalan air berlaku di beberapa kawasan di Pulau Langkawi berpunca daripada ketidakcukupan sumber air mentah untuk diproses berikutan fenomena El Nino yang sedang melanda negara khususnya di bahagian utara Semenanjung.
Syarikat Air Darul Aman (SADA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, antara kawasan yang terjejas ialah Pekan Kuah, Kisap, Kilim, Perana, Bayas, Ulu Melaka, Temoyong, Pantai Cenang, Pantai Tengah dan kawasan sekitar.
Iklan
Iklan
"Seperti sedia maklum, musim kemarau panjang dan kering atau nama saintifiknya fenomena El Nino sedang melanda negara kita khususnya di sebelah utara Semenanjung Malaysia.
"Fenomena ini telah menyebabkan paras air Sungai Melaka, Pulau Langkawi semakin menyusut dan ini secara tidak langsung memberi kesukaran kepada SADA untuk memenuhi permintaan air terawat yang semakin meningkat oleh pengguna, terutamanya semasa musim cuti perayaan dan persekolahan," katanya.
Iklan
Ketika ini menurut SADA, pengeluaran air semua Loji Rawatan Air (LRA) SADA di Pulau Langkawi menunjukkan trend penurunan dan hal itu dijangka berlarutan sehingga paras Sungai Melaka kembali normal.
"Pertambahan lokasi kebocoran paip dasar laut yang menyalurkan bekalan air terawat ke Pulau Langkawi dari LRA Sungai Baru (Perlis) turut memberi kesan kepada pengagihan air terawat kepada pengguna," menurut SADA.
Iklan
Justeru, syarikat itu menasihati pengguna supaya berhemah menggunakan bekalan air dalam musim kemarau ketika ini yang dijangka berlanjutan.
Langkah berkenaan penting bagi menjamin bekalan air terawat dapat disalurkan secara berterusan tanpa gangguan, kata SADA.
Orang ramai yang mempunyai aduan atau pertanyaan, boleh menghubungi talian hotline SADA di 1300-88-0017 atau Bilik Gerakan Langkawi di 04-9610546. - Bernama
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.