KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ishak Abd Rahman yang meninggal dunia hari ini akibat kemalangan motosikal.
Menyifatkan Allahyarham sebagai sumber inspirasi dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat, Fahmi menerusi hantaran di Facebook mendoakan semoga keluarga Allahyarham tabah dengan pemergian itu.