Polis tumpas sindiket seludup diesel bersubsidi di Johor
Iklan
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melumpuhkan sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi, selepas menahan tiga lelaki tempatan dan 13 kru kapal warga asing di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, Johor pada Khamis lepas.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, serbuan yang dilakukan pihaknya bersama Unit Risikan Marin, Pasukan Polis Marin Wilayah Dua itu, berjaya merampas 138,270 liter diesel bersubsidi.