Skor CPI 2023 meningkat, SPRM terus usaha cegah rasuah
Iklan
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) komited dan bertekad untuk meneruskan usaha pencegahan dan operasi, bagi menghapuskan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, dalam bidang kuasanya sebagai agensi penguat kuasa tunggal yang diamanahkan untuk membasmi rasuah di negara ini.
Ini susulan laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2023 yang diumumkan oleh Transparency International - Malaysia (TI-Malaysia), pada Selasa yang menyatakan negara ini telah berjaya memperbaiki kedudukannya iaitu kenaikan sebanyak empat tangga, dari 61 ke 57 daripada 180 negara yang dinilai.