Keadaan banjir di Dungun semakin pulih

Iklan
Anggota penyelamat membantu memindahkan penduduk yang terjejas banjir. - Foto APM

KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di Dungun semakin pulih dengan jumlah mangsa kini menurun kepada 473 orang daripada 157 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah tersebut setakat jam 8 pagi ini.

Kesemua mangsa dipindahkan ke dua PPS yang masih dibuka di daerah berkenaan.

Iklan
Iklan

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, Dungun merupakan satu-satunya daerah di negeri ini yang masih terjejas akibat bencana tersebut.

Menurut kenyataan itu, dua PPS yang dibuka di Dungun ialah Dewan Serbaguna Kampung Shukor dan Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja.

Iklan

Tambah kenyataan tersebut, seramai 226 mangsa daripada 61 keluarga sudah dipindahkan ke Dewan Serbaguna Kampung Shukor.

Selain itu, katanya seramai 247 mangsa daripada 96 keluarga ditempatkan di sebuah PPS yang diaktifkan di sana iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja.

Iklan

Jelas kenyataan itu, cuaca hujan masih melanda di beberapa tempat di daerah yang terlibat bencana berkenaan.