Lelaki ditahan cabul pelancong wanita warga Sepanyol

Iklan
Kejadian sekitar jam 7 malam itu berlaku ketika mangsa bersama rakannya diekori suspek berusia 21 tahun dari sebuah hotel ke lokasi kejadian. - Gambar hiasan 123RF. Gambar kecil: Yahaya

IPOH - Seorang pembantu kedai runcit ditahan polis selepas disyaki mencabul pelancong wanita warga Sepanyol di Lorong Seni @ Lorong Panglima Ipoh di sini pada Khamis.

Tangkapan dilakukan selepas pihak polis menerima laporan daripada mangsa berusia 22 tahun itu pada jam 9.25 malam pada Rabu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kejadian sekitar jam 7 malam itu berlaku ketika mangsa bersama rakannya diekori suspek berusia 21 tahun dari sebuah hotel ke lokasi kejadian.

"Suspek kemudian bertindak memeluk erat bahu wanita itu dan terus mencabul. Mangsa yang terkejut menolak dan menjerit menyebabkan lelaki itu terus melarikan diri," katanya pada Isnin.

Iklan

Menurut beliau, rakan mangsa bagaimanapun berjaya merakam gambar suspek.

"Kejadian itu disifatkan mangsa sebagai pantas dan tiada saksi lain kerana keadaan persekitaran yang gelap selain hujan renyai.

Iklan

"Suspek ditahan reman untuk siasatan dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Suspek akan didakwa di mahkamah esok," katanya.