Polis buru lelaki pecah tabung surau di Putrajaya

Iklan
Suspek yang dicari bagi membantu siasatan kes pecah tabung surau Apartmen Pudina di Presint 17, Putrajaya.

PUTRAJAYA - Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pecah tabung surau Apartmen Pudina di Presint 17, Putrajaya hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, pengadu iaitu ahli jawatankuasa keselamatan surau terbabit telah membuat laporan di Balai Polis Putrajaya pada jam 9.45 pagi tadi.

Iklan
Iklan

"Pengadu mendapat tahu mengenai kejadian itu pada jam 6 pagi daripada bilal yang bertugas berkaitan dua tabung surau telah dipecahkan.

"Pengadu telah membuat pemeriksaan ke atas tabung yang diletakkan di luar surau dan mendapati memang terdapat kesan rosak pada tempat pemegang kunci dengan anggaran kerugian RM80,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Beliau berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada jam 5 pagi menunjukkan terdapat kelibat seorang individu sedang memecahkan tabung surau tersebut.

Menurutnya, kedua-dua tabung yang dipecahkan itu terletak di luar surau.

Iklan

"Pengawal keselamatan hanya diletakkan di setiap blok kediaman, namun tidak statik mengawal di surau terbabit.

"Lima cap cari berjaya dikesan dan akan dihantar ke makmal forensik untuk tindakan lanjut,” katanya.

Rosly berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.