Wanita ditahan bersama 6.2kg ganja dalam guni
Iklan
TEMERLOH - Enam ketulan mampat disyaki ganja seberat 6.156 kilogram bernilai RM18,600 dirampas di tepi jalan berhadapan sebuah sekolah dekat Jalan Maran di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan memberitahu, seorang wanita yang merupakan penganggur ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada jam 3.15 petang.