Masters Indonesia: Zii Jia tarik diri alami keracunan makanan

Iklan
Lee Zii Jia. Foto AFP

PEMAIN perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa menarik diri pada pertengahan perlawanan suku akhir Masters Indonesia 2024 di Istora Senayan, Jakarta, hari ini akibat keracunan makanan.

Pemain nombor 10 dunia itu membuat keputusan untuk tidak meneruskan permainan di set kedua bertemu wakil Kanada Brian Yang selepas tewas di set pertama 21-14 dalam tempoh 19 minit permainan.

Iklan
Iklan

Bekas juara All England itu bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya media mengenai punca beliau tidak meneruskan permainan.

Pihak pengurusan Zii Jia menerusi laman X menyatakan:"Lee Zii Jia terpaksa menarik diri pada pertengahan perlawanan kerana keadaan badannya semakin merosot akibat mengalami keracunan makanan sejak beberapa hari lepas.

Iklan

Sementara itu, beregu utama wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah ditunjukkan jalan keluar oleh gandingan China Liu Sheng Shu-Tan Ning selepas tewas 16-21, 9-21.

Nasib sama turut dialami beregu campuran dan pemenang pingat emas Terbuka Korea 2022, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing apabila tewas kepada wakil China Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong 18-21, 21-18, 21-13. - Bernama

Iklan