Indonesia Masters: Cabaran Pearly-Thinaah, Kian Meng-Pei Jing terhenti

Iklan
Cabaran beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah dalam Kejohanan Badminton Indonesia Masters terhenti di suku akhir kejuaraan Super 500 berkenaan pada Jumaat. Foto Agensi

CABARAN beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah dalam Kejohanan Badminton Indonesia Masters terhenti di suku akhir kejuaraan Super 500 berkenaan pada Jumaat.

Pearly-Thinaah yang berstatus nombor 13 dunia tewas straight set kepada Liu Sheng Shu-Tan Ning dalam perlawanan yang menyaksikan asakan beregu dari China tersebut.

Iklan
Iklan

Dalam perlawanan yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta itu, mereka menghadirkan saingan sengit set pertama sebelum tunduk 16-21.

Set kedua, permainan Pearly-Thinaah terus tenggelam apabila gandingan lawan berstatus nombor lima dunia itu menekan untuk kemenangan 21-9 dalam masa 40 minit.

Iklan

Dua Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebelum ini Pearly-Thinaah mengakhiri cabaran di pusingan pertama Terbuka Malaysia (Super 1000) diikuti pusingan kedua Terbuka India (Super 750).

Turut mengakhiri cabaran di suku akhir, beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing apabila tewas kepada pasangan nombor satu dunia, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.

Iklan

Biarpun begitu, Kian Meng-Pei Jing menampilkan persembahan terpuji apabila mengejutkan gandingan dari China itu 21-18 di set pertama.

Namun Si Wei-Ya Qiong kemudian bangkit menyamakan kedudukan di set kedua dengan kemenangan 21-18 sebelum melabuhkan cabaran Kian Meng-Pei Jing dengan 21-13 dalam masa 59 minit.