Maritim Malaysia tahan bot, rampas dadah

Iklan
Bot jenis gentian kaca tanpa nombor pendaftaran ditahan Maritim Malaysia ketika melakukan rondaan rutin di perairan Pahang pada Khamis. Foto Maritim Malaysia Pahang

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang menahan sebuah bot bersama lapan peket plastik lut sinar berisi serbuk ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine di kedudukan kira-kira 2.8 batu nautika barat daya Kuala Kuantan, pada Khamis.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, penahanan dibuat selepas pasukan bot peronda mengesan bot jenis gentian kaca tanpa nombor pendaftaran sedang bergerak dalam keadaan yang mencurigakan menuju masuk ke arah Sungai Kuantan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemandu bot bertindak memecut laju bot terbabit menuju kawasan pokok bakau berhampiran Pulau Biawak dan melarikan diri meninggalkan bot selepas menyedari kehadiran anggota Maritim Malaysia.

"Hasil pemeriksaan, kita menemukan wang tunai sebanyak RM198, sebuah telefon peribadi dan beberapa dokumen pengenalan diri yang mencurigakan.

Iklan
Sebuah telefon dan lapan plastik lut sinar berisi dadah Methamphetamine antara dirampas oleh Maritim Malaysia Pahang. Foto Maritim Malaysia Pahang

Beliau menjelaskan nilai keseluruhan rampasan yang dianggarkan bernilai hampir RM50,000 dan telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Iklan

Sehubungan itu, Kamal memaklumkan Maritim Malaysia akan terus meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membanteras dan menyekat aktiviti penyalahgunaan dadah di Perairan Pahang.

Tegasnya, ini memastikan komuniti maritim sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Sebarang aduan, salah laku dan kemalangan atau kecemasan di laut orang ramai boleh melaporkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang melalui talian 09- 5717345 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.