Remaja Singapura dikenakan Arahan Sekatan ISA

Iklan
Remaja Singapura menjadi individu kedua ditahan di bawah ISA akibat terpengaruh dengan aktiviti radikal. - Agensi

SINGAPURA - Seorang pelajar berusia 16 tahun menjadi rakyat Singapura kedua ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menjadi radikal setelah terpengaruh dengan ideologi-ideologi pelampau berhaluan kanan, lapor Beritamediacorp.

Remaja itu mengenal pasti dirinya sebagai anggota ketuanan kulit putih selepas menjadi radikal menerusi laman-laman web.

Iklan
Iklan

Dia dikenakan Arahan Sekatan di bawah ISA pada November lalu dengan bermakna pelajar itu tidak boleh meninggalkan Singapura atau mengakses Internet tanpa kebenaran.

Selepas terdedah kepada bahan-bahan pelampau dalam talian pada 2022, remaja tersebut mula memendam rasa benci mendalam terhadap sebilangan kumpulan masyarakat seperti kelompok Afrika-Amerika, Arab dan golongan LGBTQ.

Iklan

Dia antara lain percaya bahawa kumpulan Afrika-Amerika yang bertanggungjawab ke atas sebilangan besar jenayah di Amerika Syarikat.

Remaja itu juga beranggapan bahawa pendatang haram Arab semuanya komited untuk melancarkan serangan ganas ke atas para penduduk kulit putih di negara-negara Barat.

Iklan

Remaja berkenaan turut mengambil bahagian dalam pelbagai saluran dan kumpulan sembang pelampau berhaluan kanan sehingga teringin direkrut bagi melakukan serangan di luar negara.

Sementara itu, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) menyatakan bahawa remaja terbabit tidak mempunyai rancangan melakukan serangan di Singapura kerana dia merasakan masyarakat di sini tidak menimbulkan sebarang masalah.

Dia akan menjalani program pemulihan termasuk menerima kaunseling psikologi. - Agensi