'Harap tiada lagi ahli Parlimen PN sokong Anwar' - Sanusi

Iklan
Sanusi. Foto Bernama

POKOK SENA - [DIKEMAS KINI] Sokongan ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diharap tidak berlaku lagi.

Ketua Pengarah Pilihanraya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau berharap Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi adalah pemimpin terakhir yang membuat sokongan terbabit selepas beberapa siri perubahan sokongan sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Perkara sebegini berlaku sebab dia dibiar 'kelaparan' sehingga berlaku tekanan di kawasan. Orang tuntut macam-macam tapi dia tak ada kemampuan jadi bila dia letih, terpaksa lah (bertukar sokongan).

"Saya harap itu yang terakhirlah. Orang pun taklah gila semua atas dunia ni dah jadi wakil rakyat tak ada bajet, jadi tekanan kat dia," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Buku Pokok Sena di sini.

Iklan

Menurutnya, secara peribadi dia sendiri sudah terbiasa menjadi wakil rakyat yang susah.

"Jadi wakil rakyat ini kena bersedia untuk susah, bersedia untuk derita kalau bahagia Alhamdulillah, kalau derita sudah disiapi," katanya.

Iklan

Pada Rabu, Dr Zulkafperi membuat kenyataan menyokong Anwar tanpa melibatkan paksaan daripada mana-mana pihak.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menjadi wakil rakyat PN kelima daripada Bersatu yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman (Labuan).