Kehilangan Bella bukan sebab cemburu - Keluarga
Iklan
Kawasan rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechach, lokasi di mana rangka manusia tidak sempurna ditemui. Gambar kecil: Bella
JOHOR BAHRU - Keluarga Mila Sharmila Samsusah atau Bella 32, merasakan kehilangan wanita tersebut tidak ada kaitan dengan sebarang motif cemburu.
Menurut abang iparnya, Mohd Fairuzizan Yusak, 39, berdasarkan pengetahuannya, Bella tidak mempunyai musuh atau pernah bermusuh dengan sesiapa.
Iklan
Iklan
"Bella ni rapat dengan kakaknya, Ayu atau Norhisham tapi daripada apa yang saya tahu dia (Bella), memang tak ada musuh dan tak ada sesiapa yang memusuhi dia.
"Sebab itulah saya katakan bahawa kehilangan dia bukannya sebab cemburu,” katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
Mohd Fairuzizan berkata demikian bagi mengulas mengenai kemungkinan kehilangan Bella bermotifkan cemburu.
Terdahulu, Bella dilaporkan hilang sejak 14 Disember lalu sejak keluar dari rumah dipercayai untuk ke kedai dobi berhampiran; bagaimanapun, wanita berkenaan tidak pulang ke rumah sehingga ke hari ini.
Iklan
Jumaat lalu, polis menemui rangka manusia tidak sempurna di sebuah rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat.
Sampel patologi hasil bedah siasat di Hospital Sultan Ismail (HSI) juga telah diserahkan kepada Jabatan Kimia bagi tujan padanan DNA termasuk sampel sampel DNA yang turut diambil daripada ibu dan kakak Bella.
Sementara itu, Fairuzizan berharap agar keputusan DNA tersebut dapat segera diketahui bagi merungkai misteri kehilangan adik iparnya itu.
"Saya sangat berharap agar segala keputusan daripada Jabatan Kimia dapat diketahui dengan segera kerana seluruh keluarga sedang menantikan keputusan tersebut,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Salinan Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 khazanah berharga disimpan Cikgu Jamal"><meta itemprop="description" content="Salinan Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 khazanah berharga disimpan Cikgu Jamal
Lebih enam dekad selepas laungan keramat ‘Merdeka’ bergema pada 31 Ogos 1957, sejarah detik kelahiran negara masih tersimpan rapi di sebuah galeri kecil di Kampung Serkat, Pontian, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Di sebalik helaian dokumen yang semakin dimamah usia, surat khabar lama dan pelbagai cenderamata kemerdekaan, tersimpan kisah perjuangan serta semangat rakyat ketika menyambut pembebasan Tanah Melayu daripada penjajah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793849/edisi/johor/salinan-pemasyhuran-kemerdekaan-1957-khazanah-berharga-disimpan-cikgu-jamal
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Cikgu #Sejarah #Merdeka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-31T03:08:26.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2lz8m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2lz8m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2lz8m"></script>