Duit simpanan lebih RM1.4 juta lebur
Iklan
Seorang warga emas sanggup mengeluarkan kesemua wang simpanan lebih RM1.4 juta untuk menyertai skim pelaburan saham tidak wujud melalui laman sosial. Foto hiasan
KUANTAN - Seorang warga emas sanggup mengeluarkan kesemua wang simpanan lebih RM1.4 juta, gara-gara mahu cepat kaya dengan menyertai skim pelaburan saham tidak wujud melalui laman sosial.
Namun, keterujaan mangsa berumur 70 tahun untuk menikmati untung besar tidak kesampaian, sebaliknya wang simpanan yang menjadi taruhan akhirnya lesap.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada awal Oktober tahun lalu apabila pesara kilang itu terjerat selepas berminat untuk menyertai satu skim pelaburan saham berkenaan.
Menurutnya, suspek kemudian meminta mangsa membuka akaun saham dan mengikuti kelas saham selama lapan bulan di laman sesawang yang diberikan.
Iklan
"Mangsa mula percaya dan menambah modal dengan membuat transaksi sebanyak 19 kali ke lapan akaun bank berlainan sehingga mengalami kerugian lebih RM1.4 juta," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, mangsa mensyaki dirinya ditipu lalu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub.
Iklan
Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai agar membuat semakan dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan atas talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
"Jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan.
"Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>