Hujan lebat berterusan tahap buruk di Terengganu hingga esok

Iklan
MetMalaysia pada Selasa mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di enam lokaliti di Terengganu hingga esok.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Selasa mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di enam lokaliti di Terengganu hingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan tersebut membabitkan Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Iklan
Iklan

Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga esok turut dikeluarkan bagi Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh. Di Terengganu membabitkan Besut dan Kemaman manakala di Pahang membabitkan daerah Kuantan.

Mengenai status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran pula, beberapa sungai di Pahang, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu berada di paras bahaya.

Iklan

Antaranya ialah Sungai Rompin di Pahang, Sungai Arau, Perlis, Sungai Terengganu,Terengganu, Batang Oya Sibu di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah. - Bernama

Iklan