Hujan berterusan dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu hingga Rabu
Iklan
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh lokaliti di Kelantan dan seluruh Terengganu hingga Rabu ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan lokaliti di Kelantan membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.