Himpunan Rakyat: Tiada permohonan diterima polis

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin. Gambar kecil: Allaudeen

KUALA LUMPUR - Polis belum menerima sebarang permohonan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat, penyerahan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, pada Selasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, tiada sebarang permakluman diberikan berkaitan himpunan tersebut.

Iklan
Iklan

"Mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, memerlukan penganjur memberi notis lima hari (sebelum tarikh perhimpunan) secara bertulis bersama dokumen lain termasuk kebenaran pemilik tapak," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan penyerahan itu akan dilakukan oleh Sekretariat Gerakan Rakyat di hadapan Pintu 2, Istana Negara pada jam 10.30 pagi.

Iklan
Iklan

Berdasarkan surat tular yang didakwa dikeluarkan oleh Pemuda Pas Selangor, parti itu turut menyokong dan meminta penyokong hadir ke program tersebut.