Jualan Gudang Karangkraf kembali
Iklan
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Jualan Gudang Karangkraf menawarkan pelbagai jenis bahan bacaan dengan tawaran diskaun sehingga 80 peratus. Gambar kecil: Anis Syamila
SHAH ALAM - Jualan Gudang Karangkraf yang pertama untuk 2024 bakal menemui penggemar buku, novel dan al-Quran terbitan Karya Bestari bermula 25 Januari ini dan akan berlangsung sehingga 4 Februari depan.
Ketua Jabatan Pemasaran Grup Buku Karangkraf (Karangkraf), Anis Syamila Abdul Halim berkata, tema kali ini ialah #RoadToRamadhan yang turut menyaksikan jualan al-Quran terbesar di Malaysia.
Iklan
Iklan
Menurutnya, inisiatif itu dilaksanakan bagi menggalakkan pengunjung mendapatkan al-Quran pada harga promosi dan tawaran yang menarik.
"Selain menawarkan diskaun buku sehingga 80 peratus, kita juga mengadakan aktiviti hujung minggu seperti pertandingan mewarna, kraftiviti DIY bookmark, teka silang kata Ramadan dan lain-lain.
Iklan
"Pelajar yang datang ke Jualan Gudang Karangkraf dengan berpakaian uniform sekolah akan menerima buku nota secara percuma.
"Begitu juga bagi mereka yang memakai pakaian berwarna kuning pada hujung minggu atau cuti umum, akan dapat marshmallow percuma,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Iklan
Jualan Gudang Karangkraf tahun lalu menawarkan pelbagai jenis bahan bacaan dengan tawaran diskaun sehingga 80 peratus dan pengunjung bertuah berpeluang memenangi lebih dari RM1,000 serta hadiah-hadiah menarik menerusi peraduan ‘Beli & Menang’.
Mengulas lanjut, Anis Syamila berkata, keistimewaan pada kali ini ialah pengunjung bukan sahaja boleh membeli-belah, malah berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah bernilai sehingga RM1,500.
Pihaknya juga akan menganjurkan tiga pertandingan menerusi Pentas Khalifah seperti Pertandingan Hafazan, Pertandingan Azan dan Pertandingan Bercerita Sirah Nabi dengan memfokuskan kepada pelajar sekolah rendah.
"Jadi orang ramai dijemput hadir memeriahkan acara sulung untuk tahun ini di Kompleks Kumpulan Karangkraf dan berjumpa dengan 10 penulis hebat yang akan bersama kami.
"Antaranya ialah Aini Bakar (Koyak), Normaliza Mahadi (Sebelum Berdua), Fazrul Ismail dan Ustaz Tirmizi Ali (Yang Bertakwa Pasti Berjaya), Elly Jalil (Rezeki Detik Terakhir), Nadhrah Husna (Duhai Pemilik Hati) serta ramai lagi.
"Dari Jualan Gudang tahun sebelumnya sehingga tahun ini, kita ada 22 tajuk baharu yang boleh dibeli para pengunjung,” kata Anis Syamila.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>