Palestin perlu diterima sebagai anggota penuh PBB - Fahmi
Iklan
Anwar (kiri) dan Fahmi menunjukkan poskad khas yang dikirim kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.
KUALA LUMPUR - Malaysia sentiasa konsisten dalam memperjuang hak setiap rakyat Palestin termasuk mendesak supaya negara itu diterima sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, penyertaan Palestin sebagai negara anggota penuh PBB merupakan langkah penting dalam mengiktiraf hak-hak asasi mereka dan memperjuang penyelesaian konflik yang melanda negara itu.
Iklan
Iklan
"Sebagai anggota penuh PBB, rakyat Palestin berupaya untuk menjadi pemegang taruh dalam proses pembuatan keputusan yang bakal mempengaruhi masa depan mereka.
"Demi keadilan dan kesejahteraan bagi rakyat Palestin, mari kita bersama-sama bersuara untuk mendesak agar hak mereka sebagai anggota penuh PBB dapat menjadi satu kenyataan," menurutnya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
Iklan
Hantaran itu diiringi beberapa keping gambar yang menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menandatangani dan mengirim sekeping poskad khas kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.
Fahmi turut menandatangani dan mengirim sekeping poskad khas kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.
Kandungan poskad itu antara lain menzahirkan hasrat rakyat Malaysia agar PBB menerima Palestin sebagai anggota penuh serta menuntut keganasan dan kezaliman terhadap warga Palestin oleh rejim Zionis dihentikan segera.
Iklan
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, penyertaan Palestin sebagai negara anggota penuh PBB akan membuka ruang kepada sumber daya dan perwakilan politik diperlukan di peringkat antarabangsa untuk memperjuang kepentingan penduduk wilayah itu secara efektif.
Beliau berkata, sokongan serta dorongan amat diperlukan untuk memajukan pembangunan sosial, budaya dan ekonomi di bumi keramat itu.
"Aspirasi dan impian warga-warga Palestin harus didengari dan dihormati di peringkat antarabangsa," katanya.
Terdahulu, Anwar menerusi hantaran di laman Facebook beliau mengajak seluruh rakyat untuk turut serta dalam kempen Pengiriman Poskad Khas Palestin Merdeka kepada Guterres sebagai menzahirkan hasrat penduduk Malaysia supaya badan dunia itu menerima Palestin sebagai anggota penuhnya.
Menurut Perdana Menteri, rakyat boleh berbuat demikian dengan membeli poskad itu mulai esok di semua pejabat pos atau menerusi laman sesawang rasmi Pos Malaysia Bhd. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>