Suami pukul isteri hamil hingga koma diarah bela diri

Iklan

BERITA SEMASA 17 JANUARI 2024

Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu, memerintahkan seorang peniaga membela diri atas pertuduhan memukul bekas isteri ketiganya yang sedang hamil sehingga koma, tiga tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Iklan
Iklan

Hakim Fatimah Zahari, memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Rosmaini Abd. Raof, 41 di akhir pendakwaan.

Peguam, T C Lim yang mewakili tertuduh berkata anak guamnya akan memberi keterangan secara bersumpah.

Iklan

Hakim kemudiannya menetapkan prosiding membela diri pada 24 Januari depan.

Pada 17 Jun 2021, Rosmaini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas pertuduhan memukul isteri ketiganya yang sedang hamil sehingga koma.

Iklan

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/644810/Suami-pukul-isteri-hamil-hingga-koma-diarah-bela-diri

Muzik: www.bensound.com