Masalah kekurangan bekalan gula di Labuan selesai Rabu ini - Armizan
Iklan
CYBERJAYA - Masalah kekurangan bekalan gula di Labuan dijangka selesai selewat-lewatnya Rabu ini dengan kemasukan bekalan sebanyak 118.90 metrik tan dari Sabah dan Semenanjung Malaysia, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.
Menurutnya, sebaik dimaklumkan mengenai gangguan bekalan gula di Labuan melalui aduan rasmi oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman, beliau telah meminta ibu pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk mengambil tindakan serta merta.