Polis Pulau Pinang tubuh pasukan khas banteras kes pecah rumah
Iklan
Kok Chin (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah SPS.
NIBONG TEBAL - Polis Pulau Pinang telah melaksanakan beberapa perancangan termasuk menubuhkan pasukan khas (task force) bagi membanteras jenayah pecah rumah di negeri itu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin, pihaknya akan memberikan tumpuan kepada kawasan ‘hot spot’ yang sering berlaku jenayah terbabit terutamanya di daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Seberang Perai Utara (SPU), dan Timur Laut.
Iklan
Iklan
"Kita telah buat perancangan fokus kepada kes yang meningkat terutama kepada kes-kes pecah rumah di mana kita akan wujudkan pasukan task force yang fokuskan kepada modus operandi, masa yang berlaku dan kawasan menjadi hot spot," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), di sini pada Isnin.
Terdahulu, Kok Chin hadir menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah SPS.
Iklan
Pada majlis itu, Timbalan Ketua Polis SPS, Deputi Superintenden Mohd Norazmi Abd Ghapar ditugaskan memangku jawatan Ketua Polis bagi menggantikan Superintenden Ng Ah Thiam yang bersara wajib mulai Selasa.
Sementara itu, mengulas lanjut, Kok Chin berkata, jenayah lain seperti kekerasan, samun berkawan dan curi kenderaan didapati berlaku penurunan sepanjang tempoh terbabit.
Iklan
Untuk rekod, sebanyak 2,372 daripada keseluruhan 3,606 kes jenayah di Pulau Pinang tahun lalu berjaya diselesaikan dengan melibatkan 65.8 peratus.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>