Taktik lapuk penyeludup guna tangki tambahan tak menjadi
Iklan
Taktik licik penyeludup minyak petrol menggunakan tangki tambahan pada kereta jenis Proton Wira berjaya dihidu selepas diserbu oleh KPDN Kelantan pada Ahad.
TANAH MERAH - Taktik licik penyeludup minyak petrol menggunakan tangki tambahan pada kereta jenis Proton Wira berjaya dihidu selepas diserbu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, pada Ahad.
Dalam serbuan jam 2.35 petang itu, suspek telah dikesan membuat pengisian secara berulang di Kampung Chedok di sini.
Iklan
Iklan
Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di sempadan negara sekitar Tanah Merah itu berjaya menyita minyak petrol dianggarkan sebanyak 125 liter.
"Bagaimanapun suspek menyedari kehadiran anggota pihak berkuasa terus melarikan diri ke dalam semak berhampiran tanpa dikesan dengan meninggalkan kenderaannya di hadapan sebuah restoran makanan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Iklan
Menurut beliau, suspek dikesan membuat pembelian pengisian ke dalam tangki ubah suai kenderaan secara berulang di beberapa stesen minyak sekitar Tanah Merah dan dipercayai akan dibawa ke pangkalan haram untuk diseludup ke negara jiran.
Kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>