Iran laung amaran awal

Iklan
Kibaran sepanduk Bebaskan Palestin semasa perlawanan Kumpulan C, Iran menentang Palestin awal pagi Isnin. Foto AFC Asian Cup Qatar 2023

JUARA tiga kali, Iran menyingkap kempen Piala Asia 2023 dengan laungan awal apabila membelasah Palestin, 4-1 dalam perlawanan Kumpulan C di Stadium Education City, awal pagi Isnin.

Iranian Lions terlebih dulu memimpin permainan dengan tiga gol yang dijelmakan Karim Ansarifard (m-2) sebelum Shoja Khalilzadeh menggandakan kelebihan itu berselang 10 minit.

Iklan
Iklan

Anak buah Amir Ghalenoei yang menguasai perlawanan kemudiannya melebarkan jaringan menerusi Mehdi Ghayedi untuk kedudukan 3-0 pada minit ke-38.

Biarpun ketinggalan tiga gol, The Knights kendalian Makram Daboub tidak mengalah akhirnya menjelmakan jaringan hasil sentuhan Tamer Seyam (m-56) masa kecederaan babak pertama.

Iklan

Separuh masa kedua, kedua-dua pasukan meningkatkan serangan bagi menambah jaringan dalam perlawanan pertama kumpulan yang turut dianggotai Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Hong Kong.

Iran akhirnya menambah satu gol lagi menerusi Sardar Azmoun pada minit ke-55 untuk memulakan kempen edisi ini dengan langkah kanan.

Iklan

Sementara itu, atmosfera di bangku penonton kedua-dua penyokong pula bersatu menyokong Palestin berikutan serangan rejim Zionis ke atas negara kecil di Asia Barat tersebut.

Penyokong pasukan ranking 21 dunia tersebut juga dilihat mengibarkan bendera Palestin di samping bendera Iran.

Terdapat juga penyokong mengenakan baju dengan bendera separa Iran dan separa Palestin diikuti laungan 'Bebaskan Palestin' dalam perlawanan yang dimulakan dengan upacara bertafakur bagi memperingati mangsa kekejaman Zionis memasuki hari ke-100.