Taktik seludup dadah guna kurier terbongkar
Iklan
KOTA BHARU - Taktik menggunakan perkhidmatan kurier untuk menyeludup dadah berjaya ditumpaskan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Kelantan pada Khamis.
Bertindak atas maklumat awam, pada jam 10 pagi Bahagian Penguatkuasaan Kastam telah membuat pemeriksaan ke atas dua bungkusan plastik berwarna putih di sebuah premis kurier di Rantau Panjang.
Pemeriksaan yang dijalankan membawa kepada rampasan 168 biji methamphetamine.