33 maut, 19 cedera tanah runtuh di lebuh raya di Colombia

Iklan
Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh manakala 19 yang lain cedera dalam insiden tanah runtuh di lebuh raya berhampiran bandar Carmen de Atrato di wilayah Choco di Colombia. Foto Reuters

BOGOTA - Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh manakala 19 yang lain cedera dalam insiden tanah runtuh di lebuh raya berhampiran bandar Carmen de Atrato di wilayah Choco di Colombia.

Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

"Saya amat kesal dengan kehilangan 33 nyawa dalam tragedi itu, kebanyakannya kanak-kanak...," kata Naib Presiden, Francia Marquez di X.

Gabenor Antioquia Andres Julian Rendon berkata, pasukan mencari dan menyelamat telah dihantar ke wilayah itu dan ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan.

Iklan

Lombong emas runtuh di Tanzania ragut sekurang-kurangnya 21 nyawa

Dalam perkembangan berasingan, di DAR ES SALAAM-TANZANIA, sekurang-kurangnya 21 pelombong terbunuh dan beberapa lagi dilaporkan hilang dalam kejadian runtuhan di lombong emas ekoran hujan lebat yang melanda wilayah Simiyu di utara Tanzania pada Sabtu.

Iklan

Pesuruhjaya wilayah Simiyu, Yahaya Nawanda, ketika dihubungi Xinhua berkata usaha untuk mengeluarkan mayat di lokasi kejadian dekat daerah Bariadi itu berdepan halangan berikutan hujan lebat yang berterusan.

"Kerja-kerja menyelamat dihentikan untuk seketika kerana hujan," kata pegawai itu.

Kejadian berlaku pada pukul 5 pagi waktu tempatan dan jumlah sebenar pelombong yang tertimbus masih belum dapat dipastikan.

Beliau berkata kebanyakan mangsa berusia antara 25 hingga 35 tahun.- Bernama