Isu Palestin: Ketepikan perbezaan agama, kaum - Tian Chua

Iklan
Tian Chua pada Himpunan “Global Day of Action: Ceasefire Now, Stop War on Gaza” di Malaysia yang berlangsung di berhampiran Kedutaan Besar Amerika Syarikat pada Sabtu. Foto SINAR HARIAN/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia digesa untuk mengetepikan perbezaan agama dan kaum demi membebaskan Palestin daripada cengkaman rejim Zionis.

Aktivis Palestin, Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua berkata, himpunan solidariti bersama Palestin perlu dilakukan secara berterusan kerana ia menunjukkan pendirian tegas negara dalam menghentikan keganasan Israel.

Iklan
Iklan

"Bagi saya perjuangan kita mendukung Palestin adalah isu kemanusiaan. Baik orang Islam, orang bukan Islam perlu bersama demi kemanusiaan,” katanya ketika himpunan ‘Hari Bertindak Global: Gencatan Senjata Sekarang, Hentikan Perang di Gaza’ pada Sabtu.

Menurutnya, langkah terbaik yang boleh dilakukan rakyat Malaysia adalah dengan melibatkan diri dalam dalam perhimpunan besar-besaran seperti negara lain.

Fadhlina juga hadir pada Himpunan"Global Day of Action: Ceasefire Now, Stop War on Gaza” di Malaysia yang berlangsung di berhampiran Kedutaan Besar Amerika Syarikat pada Sabtu. Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Iklan

Ujar Tian Chua, usaha berkenaan secara tidak langsung akan memaparkan bahawa Malaysia tidak kira pemimpin malah rakyat turut bersatu hati dalam mengambil pendirian menolak keganasan yang dilakukan Israel.

Pada masa sama, beliau menegaskan, Palestin merupakan satu isu yang menyatupadukan kaum dan agama.

Iklan

"Kita sebagai manusia, perlu memiliki rasa simpati dan mengutuk dengan keras terhadap perbuatan yang mengetepikan nilai kemanusiaan,” ujar Tian Chua.

Katanya lagi, Amerika Syarikat (AS) merupakan pembekal senjata dan kewangan terbesar kepada rejim Zionis israel.

Peserta berhimpun sempena ‘Hari Bertindak Global: Gencatan Senjata Sekarang, Hentikan Perang di Gaza’ berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat pada Sabtu. Foto SINAR HARIAN/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Tambah beliau, jika AS tidak menghentikan sumber bekalan itu, maka peperangan akan berterusan dan semakin ramai rakyat Palestin terbunuh.