Dakwaan cuba culik dua murid di Bera palsu

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

BERA - Polis Bera menafikan dakwaan berlaku cubaan menculik membabitkan dua murid sekolah di sekitar daerah ini yang ditularkan di media sosial pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir memberitahu, siasatan telah dilakukan dan mendapati bahawa kejadian yang ditularkan adalah tidak benar dan maklumat tersebut adalah palsu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebelum itu pihak polis telah mengesan penularan mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 2.30 petang.

"Telah tular paparan di sebuah akaun Facebook, 'Bera Unite' iaitu dua murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kerayong telah cuba diculik oleh seorang lelaki yang memandu sebuah van dan mengajak mereka menaiki van tersebut.

Iklan

"Orang awam dinasihatkan agar tidak terus menularkan isu berkenaan kerana ia tidak benar," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, masyarakat juga perlu lebih berhati- hati dalam menerima apa jua bentuk maklumat yang tidak sahih akan kebenarannya.

Iklan