Anwar gesa Jerman gunakan pengaruh desak gencatan senjata
Iklan
Menteri Luar, Jerman Annalena Baerbock (kiri)mengadakan kunjungan hormat terhadap Anwar di Perdana Putra pada Jumaat. Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Jerman supaya menggunakan pengaruhnya bagi mendesak gencatan senjata dalam konflik antara Israel dan Palestin sekali gus membenarkan akses bantuan kemanusiaan.
Anwar menyatakan pandangan itu kepada Menteri Luar, Jerman Annalena Baerbock, yang mengadakan kunjungan hormat terhadap beliau di Perdana Putra, Putrajaya hari ini.
Iklan
Iklan
"Bahagian utama perbincangan adalah mengenai Palestin di mana saya menegaskan pendirian Malaysia agar Barat menghentikan kepura-puraan mereka terhadap pendudukan Israel selama beberapa dekad, selain mesti berusaha ke arah mengelak pembantaian terhadap orang awam termasuk anak kecil,” katanya menerusi hantaran di media sosialnya pada Jumaat.
Selain itu, Anwar berkata, mereka juga senada supaya keperluan untuk menegakkan hak wanita dan kanak-kanak perempuan untuk pendidikan diberi penekanan khusus selain menyatakan kebimbangan terhadap isu Myanmar yang masih berlarutan.
Iklan
Anwar memaklumkan beberapa perkara lain turut dibincangkan dan mendapat persetujuan bersama dalam pengukuhan berkaitan aspek ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selain meningkatkan persefahaman antara budaya.
Baerbock dan delegasinya kini sedang dalam lawatan ke Asia Tenggara iaitu Filipina dan Singapura selain Malaysia.
Iklan
Jerman merupakan rakan dagang terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) sejak 2000, manakala Malaysia merupakan rakan dagang terbesar Jerman dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>