Naik beca, basikal rekreasi pintar di Kuala Kubu Bharu

Iklan
Orang ramai boleh mencuba basikal pintar yang diperkenalkan di bandar Kuala Kubu Bharu.

HULU SELANGOR - Orang ramai kini berpeluang menaiki beca dan basikal rekreasi pintar sambil menikmati keunikan bandar Kuala Kubu Bharu.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) berkata, aktiviti terbaharu itu sebagai inisiatif untuk mempromosikan aktiviti pelancongan di daerah Hulu Selangor serta persiapan untuk menyambut Tahun Melawat Selangor 2025.

MPHS melancarkan program percubaan bagi aktiviti berbeca dan basikal rekreasi pintar di Bandar Kuala Kubu Bharu pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Program kerjasama antara MPHS bersama Cycledios Management Sdn Bhd ini untuk mempelbagaikan aktiviti pelancongan di Kuala Kubu Bharu bagi menarik pelancong ke daerah Hulu Selangor.



MPHS melancarkan program percubaan bagi aktiviti berbeca dan basikal rekreasi pintar di bandar tersebut pada Jumaat.

Iklan

Pihak berkuasa tempatan itu turut memaklumkan laluan lain akan dibuka pada fasa seterusnya sekiranya aktiviti itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung.

Kemudahan ini sebagai persiapan untuk menyambut Tahun Melawat Selangor 2025.

Pada September tahun lalu, kerajaan Selangor menyasarkan seramai lapan juta pelancong tempatan dan luar negara datang melawat ke negeri ini sempena Tahun Melawat Selangor 2025.

Iklan