Arteta tak sanggup kehilangan Aubameyang

Iklan
Aubameyang disifatkan Arteta antara tonggak penting Arsenal musim ini.

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta menegaskan tidak akan melepaskan Pierre-Emerick Aubameyang kerana pemain itu masih menjadi aset kelab dalam membawa cabaran The Gunners pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Menurutnya, beliau masih memerlukan khidmat bekas tonggak Borussia Dortmund itu yang sudah meledak 15 gol dalam membentuk semula kekuatan kelab London berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya tidak pernah memikirkan kemungkinan Auba akan meninggalkan kelab ini.

"Apa yang pasti saya mahukan khidmat Auba terus kekal bersama kelab ini," katanya.

Iklan

Arteta berkata demikian bagi menafikan desas-desus pemain Gabon itu akan meninggalkan kelab tersebut pada jendela perpindahan kedua pemain Januari ini.

Aubameyang yang masih mempunyai kontrak dengan The Gunners sehingga 2021 dikhabarkan mahu meninggalkan kelab itu bagi mencari lebih peluang beraksi pada pentas Liga Juara-Juara.

Iklan

Bagaimanapun Aubameyang menyangkal khabar angin tersebut, sebaliknya pemain berusia 30 tahun itu menegaskan komitmennya kekal bersama Arsenal.

Sementara itu, Arteta tidak menolak kemungkinan merekrut pemain baharu Januari ini bagi mengisi slot pertahan kelab itu setelah Calum Chambers terpaksa direhatkan selepas mengalami kecederaan lutut.

Menurutnya, kecederaan Calum Chambers menyebabkan beliau terpaksa menjadikan tugas mengisi slot berkenaan sebagai keutamaan.

"Kami akan masuk ke jendela perpindahan pemain untuk melihat pilihan yang ada dalam memperkuatkan cabaran kelab.

"Tanggungjawab saya adalah memberikan pandangan dalam perkara yang saya yakin mampu dilakukan dalam meningkatkan keupayaan kelab," katanya.

Arsenal sebelum ini dilaporkan terpaksa melupakan khidmat Chambers selepas pemain berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan lutut.

Kecederaan menimpa Chambers ketika aksi derbi London menentang Chelsea menyebabkan beliau terpaksa digantikan oleh Shkodran Mustafi pada minit ke-23.

Untuk rekod, Chambers sudah beraksi 14 kali dalam semua pertandingan bersama The Gunners musim ini.