Kebakaran rumah Koo Ham: Tujuh individu diambil keterangan

Iklan
Mohd Yusri Hassan Basri

IPOH - Polis telah merakam keterangan tujuh individu susulan kejadian kebakaran rumah Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham pada Rabu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung kejadian terbabit.

Iklan
Iklan

"Polis juga akan terus memantau dan mempertingkatkan lagi rondaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Yusri berkata, pihaknya juga sedang menunggu keputusan laporan 11 sampel yang telah diambil oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Iklan

Pada Rabu, media melaporkan kediaman Penasihat DAP Perak itu terbakar pada awal pagi Rabu.

Kejadian sekitar jam 3 pagi itu bagaimanapun hanya melibatkan garaj kereta di bahagian depan rumah.

Iklan

Polis tidak menolak kemungkinan kebakaran berlaku akibat perbuatan khianat.

Beliau berkata, siasatan awal dilakukan di lokasi kejadian telah menemui satu botol disyaki mengandungi bahan letupan berkenaan.