Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma

Iklan
Seorang penduduk setempat meredah banjir ketika tinjauan di Bandar Kota Tinggi pada Rabu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Johor menunjukkan penurunan manakala Pahang meningkat sedikit malam Rabu membabitkan 8,586 mangsa yang berlindung di 76 pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 9,215 mangsa petang tadi.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), di Johor sejumlah 7,025 mangsa ditempatkan di 53 PPS di enam daerah, iaitu Kota Tinggi (26 PPS dengan 3,994 mangsa), 12 PPS di Johor Bahru (1,703 mangsa), sembilan PPS di Kluang (1,163 mangsa), empat PPS di Segamat (103 mangsa) dan masing-masing satu PPS di Kulai (90 mangsa) dan Pontian (22 mangsa).

Iklan
Iklan

Di Pahang, jumlah mangsa meningkat kepada 1,561 mangsa berbanding 1,501 orang petang tadi, yang berlindung di 23 PPS di tiga daerah melibatkan masing-masing 11 PPS di Pekan dan Rompin serta satu di Maran.

Di Pahang, Sungai Pahang di Maran, Bera dan Pekan serta Sungai Rompin di Rompin turut mencatat paras bahaya, begitu juga dengan Sungai Perak di Hulu Perak, Perak, Sungai Arau bagi kawasan Arau, Perlis, Sungai Terengganu di Hulu Terengganu, Terengganu dan Sungai Batang Sadong di Kuching, Sarawak.

Iklan

Laporan itu turut memaklumkan terdapat 54 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak dan tanah runtuh.

Antaranya Jalan Serengkam dan Jalan Kampung Serengkam-Bak-Bak di Maran, Pahang; Jalan Johor Bahru-Endau, Kota Tinggi, Johor, serta Jalan Tanah Abang di Mersing, Johor. - Bernama

Iklan