PBAPP yakin kerja-kerja ganti injap selesai ikut jadual
Iklan
PBAPP yakin dapat menyiapkan kerja penggantian dua injap kawalan yang bocor pada jam 6.01 pagi Khamis.
SUNGAI DUA - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yakin dapat menyiapkan kerja penggantian dua injap kawalan yang bocor pada jam 6.01 pagi Khamis.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Pathmanathan K berkata, pihaknya telah menutup Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua dengan selamat buat sementara waktu bagi memudahkan kerja-kerja dilakukan segera.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kerja-kerja penggantian dua unit injap kawalan 1.2 meter (m) yang bocor di LRA Sungai Dua berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
"Kami telah mencapai kemajuan 60 peratus pada salah satu injap dan 30 peratus dengan injap kedua.
Iklan
"Bagaimanapun, pasukan tindak balas kecemasan (ERT) kami sedang menangani isu di Sungai Prai apabila kami menutup bekalan air pagi ini, penurunan tekanan air menyebabkan pengapit yang kami pasang pada bahagian bocor pada paip bawah air sepanjang 1.35m lepas lalu," katanya pada sidang akhbar di LRA Sungai Dua pada Rabu.
Petugas PBAPP sedang giat melakukan kerja-kerja pertukaran injap yang bocor di LRA Sungai Dua.
Pathmanathan berkata, pihaknya telah mengerahkan sepasukan 16 penyelam komersial untuk memasang pengapit yang lebih selamat di bahagian yang lebih besar saluran paip bocor.
Iklan
Dalam pada itu, beliau berkata, PBAPP masih merancang untuk memulakan kerja pemulihan bekalan air peringkat satu seperti yang dirancang dari jam 6.01 pagi hingga esok.
"Apabila kerja-kerja pemulihan bekalan air dilakukan, maka beberapa kawasan khususnya di daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah dijangka mendapat bekalan air menjelang jam 6 pagi pada Jumaat.
"Daerah Seberang Prai Selatan dan kawasan pulau dijangka mendapat bekalan air pada jam 6 pagi hari Sabtu dan pengguna di hujung rangkaian paip agihan dan tanah tinggi mendapat bekalan air pada jam 6 pagi Ahad," katanya.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.